السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PESANAN NABI S.A.W.
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Friday, July 18, 2008

PUASA SUNAT (HARI-HARI PUTIH)

Apakah fadhilat berpuasa pada hari-hari putih? Kenapa dinamakan hari-hari putih?

Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan (ملحان) r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 di mana baginda bersabda; ‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa” (Riwayat Imam Abu Daud).

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada Abu Zarr r.a.; “Wahai Abu Zarr! Apabila kamu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, maka berpuasalah pada hari ke 13, 14 dan 15”. (Riwayat Imam at-Tirmizi. Menurut beliau; hadis ini hasan soheh)

Hari-hari tersebut dinamakan sebagai “أيام البيض” (hari-hari putih) kerana pada malam-malamnya bulan mengambang dan cerah.[1]

Nota kaki;

[1] Raudhatul-Muttaqien, jil. 3, hlm. 261.

5 comments:

putera said...

salam ustaz bagaimana pula kalo bulan zulhijjah 13hb kan hari tashriq,hari tashriq kan diharamkan puasa?bagaimana ustaz?mohon tunjur ajar ustaz

muhabas said...

as'salam...13 zulhijjah dikecualikan untuk berpuasa...

wan aliah said...

ustaz bole ke puasa sunat di gabungkn sekali dgn puasa ganti??

khushairi said...

As Salam bg niat puasa hari putih

Kitty cOmey said...

Assalamualaikum.puasa sunat hari putih kena dilakukan 3ari berturut ke?if dtg bulan(haid) pada hari y ke-3 kena repeat balik ke puasa sunat hari putih(3ari setiap bulan islam) @ just ganti balik hari y ke-3 pada bulan y sma.mohon penjelasan.time kasih