السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PESANAN NABI S.A.W.
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Wednesday, June 18, 2008

SOLAT (NIAT)

Apakah hukum niat?

Niat adalah wajib. Tidak sah solat tanpa niat. Kewajipan niat adalah berdasarkan sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam; “Sesungguhnya segala amalan bergantung kepada niat. Sesungguhnya bagi setiap diri apa yang diniatkannya”. (Riwayat Imam Muslim dari Saidina ‘Umar–radhiyallahu ‘anhu-)

Bagaimana cara berniat bagi solat fardhu?

Apabila kita hendak mengerjakan solat fardhu, hadirkan di dalam hati kita;
1. Kehendak untuk mengerjakan solat
2. Meniatkan bahawa solat yang hendak dikerjakan itu adalah solat fadhu
3. Menentukan mana solat satu fardhu yang hendak dilakukan; subuh atau zohor atau sebagainya.
4. Jika kita berjamaah, niatkan di dalam hati mengikuti orang lain.

Niat yang diwajibkan ialah di dalam hati. Adapun melafazkan dengan lidah, ia hanya sunat sahaja mengikut mazhab Syafi’ie. Ada ulamak berpandangan; bid’ah melafazkannya dengan lidah kerana tidak pernah dilakukan oleh Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- atau para sahabat.

Bagaimana cara berniat bagi solat sunat?

Solat sunat ada dua jenis;
1. Solat sunat yang tidak berwaktu atau bersebab (iaitu solat sunat mutlak)
2. Solat sunat berwaktu dan bersebab; contohnya; solat sunat Dhuha, solat sunat Qabliyah atau Ba’diyah, solat sunat Kusuf (gerhanan), solat sunat hari raya dan sebagainya.

Bagi jenis pertama, memadai dengan kita berniat di dalam hati kehendak untuk mengerjakan solat.

Adapun bagi jenis kedua (yakni solat sunat berwaktu dan bersebab), niatnya hendaklah merangkumi;
1. Kehendak hati untuk mengerjakan solat
2. Meniatkan jenis solat solat yang hendak dikerjakan.

Contohnya; jika kita ingin mengerjakan solat Dhuha, maka niatkan di dalam hati keinginan kita untuk mengerjakan solat dan bahawa solat yang hendak dikerjakan itu ialah dhuha.

Bilakah masanya kita perlu menghadirkan niat?

Niat hendaklah dihadirkan semasa mengucapkan takbir. Tidak harus niat dihadirkan sebelum takbir atau selepas habis takbir. Ini adalah pandangan mazhab Syafi’ie. Ada di kalangan ulamak berpendapat; harus didahulukan niat dari takbir asalkan jarak masa antara niat dan takbir itu tidak lama, iaitu sebaik sahaja berniat, hendaklah terus melafazkan takbir tanpa menunggu lagi. Pandangan kedua ini merupakan mazhab Imam Ahmad dan juga Abu Hanifah. (Al-Mughni, 1/332).

5 comments:

Suhaimi said...

Salam Ustaz,

Ada pendapat dari golongan salaf yang mengatakan tidak perlu niat. Sbg contoh kita ke masjid mmg untuk solat dan bukan untuk main bola. So apa perlu niat?.. Boleh ustaz jelaskan?

AmboOgheKelate said...

Assalamualaikum Ustaz,
Boleh tak ustaz terangkan juga perkara-perkara yang membatalkan solat terutamanya dari pandangan mazhab-mazhab yang lain. Juga sebolehnya dari mana dalilnya segala sebab membatalkan solat itu diambil contohnya bergerak 3 kali berturut-turut, apa sandaran nasnya?

adib said...

Kepada Tuan Suhaimi,

Golongan Salaf bukan berkata tidak perlu niat. Sebenarnya, mereka berkata tidak perlu melafazkan niat dengan lisan.

diddy_defy said...

Asalamualaikum Ustaz,
Saya ada sikit kemuskilan dan ingin minta pendapat dan penjelasan Ustaz tentang hukum kaum wanita yg memperdengarkan bacaan berzanji dalam majlis keagamaan atau majlis khawin.Sesetengah pendapat menegah kaum wanita berzanji atas sebab suara wanita adalah aurat, yg itu saya sedia maklum akan tetapi bagaimana pula hukum apabila wanita yg mengambil bahagian sbg kariah memperdengarkan bacaan ayat suci dalam musabaqah dan pertandingan membaca al quran, sejauh ni tiada sebarang bantahan dari pihak kerajaan atau penganjur majlis yg menghalangbagi wanita memperdengarkan bacaan tersebut, sila bagi penjelasan lengkap untuk mengelakkan kekeliruan ...terima kasih ..wasallamualaikum.

eja warda said...

assalamualaikum...
ustaz..sy ade sedikit pertnyaan..ape hukumnya jika seseorang itu mengerjakan solat fardu tp tidak membaca doa iftitah,adakah sah solatnya???