السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PESANAN NABI S.A.W.
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Saturday, June 28, 2008

SOLAT (DOA SEBELUM MEMBERI SALAM)

Adakah disunatkan berdoa sebelum memberi salam?

Ya. Disunatkan berdoa –antaranya- dengan doa berikut;

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab api neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah/ujian ketika hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah Dajjal”.

Dalam riwayat hadis dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila seseorang kamu selesai dari membaca tasyahhud (yakni tahiyyat) akhir, maka mintalah perlindungan dengan Allah dari empat; dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan Dajjal”. (Riwayat Imam Muslim)

Selain doa di atas, doa lain yang pernah dibaca Nabi s.a.w. ialah;

اللَّهمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ.
“Ya Allah. Kurniakanlah keampunan untukku terhadap apa sahaja (dosa) yang telah aku lakukan yang terdahulu dan juga yang terkemudian, yang aku sembunyikan dan yang aku nampakkan serta apa sahaja perbuatan sia-sia atau melampau yang telah aku lakukan di mana Engkaulah yang lebih tahu tentangnya dari diriku sendiri. Engkaulah Tuhan yang maha dahulu dan yang maha akhir. Tidak ada Tuhan kecuali Engkau sahaja”.
(Riwayat Imam Muslim dari Saidina ‘Ali r.a.)

4 comments:

kiegonia said...

assalamualaikum ustaz..

saya pohon supaya ustaz boleh besarkan sedikit tulisan jawi (ayat-ayat doa-doa) bahasa arab supaya mudah untuk membacanya dan seterusnya beramal.

wassalam..shukran jazilan

Hafiz said...

Salam Ustad..

Boleh kah saya berdoa dalam bahasa melayu selepas tashahud akhir ini? kerana ada hajat2x tertentu yang saya ingin kan..
atau perlu saya berdoa dalam hati saja?

Harap dapat penjelasan ustad.
TKasih.

apitt75@gmail.com

Jamal said...

Salam

Kalau nak besarkan tulisan, tekan control(jgn lepas) then scroll mouse.

Jamal

eTa said...

assalamualaikum ustaz... semoga ustaz dan keluarga diberkati Allah swt.

Boleh kah doa ini di baca dalam bahasa melayu di dalam hati selepas tashahud akhir ini. (yang arab tak hafal)
Harap dapat jelaskan.

Salam.
eta12@yahoo.com